03 April 2011

Kem Keris Gangsa, Lencana Usaha dan Lencana Tertinggi

1 April 2011. 1 perkhemahan gabungan telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Gula. Jam 1700 semua peserta hadir mendaftarkan diri bersama guru pengiring. Jam 2030, ujian untuk kesemua modaliti dijalankan dan diuruskan oleh PLD, Pemimpin, Krew Kelana dan pembantu-pembantu selepas persiapan diri pada jam 1900. Ujian untuk kesemuanya tamat pada jam 1130 kecuali peserta-peserta Lencana Tertinggi masih bertungkus-lumus menyiapkan projek perintis mereka. Peserta yang siap model perintis, mereka terus ke khemah masing-masing untuk berehat.

2 April 2011. Mulakan pagimu dengan senyuman, peserta bangun pagi pada jam 0530 dan bersiap untuk pergi ke Surau bagi Muslim dan yang lain menyiapkan diri untuk Istiadat Mengibarkan Bendera dan Laung Agung pada jam 0700. Sarapan pagi tersedia selepas mereka semua tamat istiadat pagi. Ujian bersambung semula pada jam 0900 dan berakhir pada jam 1230 untuk memberi laluan kepada peserta untuk menyiapkan diri dan makan tengahari. Ujian disambung semula selepas jam 1400 dan tamat pada jam 1600 untuk memberikan masa semua peserta untuk bersiap untuk ekspedisi. Halangan komando disusuli selepas kesemua peserta tamat ekspedisi dan aktiviti ini tamat pada jam 1845. Peserta Keris Gangsa disuruh menyiapkan diri untuk aktiviti pada sebelah malam pula iaitu Malam Pengakap. Malam Pengakap yang penuh persembahan daripada peserta Keris Gangsa dan krew kelana membuatkan kesemua yang menonton tidak kering gusi tertawa, Malam Pengakap ini tamat pada jam 2330. Sementara itu, peserta Lencana Usaha dan Tertinggi mendengar ceramah berkenaan Pertolongan Cemas dan ujian dijalankan selepas itu. Aktiviti ini tamat pada jam 2230 dan semua peserta Lencana Usaha dan Tertinggi berpusu-pusu untuk menonton persembahan yang dilakukan oleh Pengakap Kanak-kanak dan Krew Kelana Kerian. Peserta pulang ke khemah masing-masing selepas minum malam.

3 April 2011. Mulakan pagimu dengan senyuman, peserta bangun pagi pada jam 0530 dan bersiap untuk pergi ke Surau bagi Muslim dan yang lain menyiapkan diri untuk Istiadat Mengibarkan Bendera dan Laung Agung pada jam 0700. Sarapan pagi tersedia selepas mereka semua tamat istiadat pagi. Semua peserta mengemaskan semua barang dan perkakasan, dan mengemaskan diri untuk majlis penutup. Majlis penyampaian sijil dan majlis penutup dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Gula. Kesemua peserta pulang selepas tamat majlis.

Sekian...Salam Pengakap!

No comments: