Showing posts with label Kem Usaha. Show all posts
Showing posts with label Kem Usaha. Show all posts

03 April 2011

Kem Keris Gangsa, Lencana Usaha dan Lencana Tertinggi

1 April 2011. 1 perkhemahan gabungan telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Gula. Jam 1700 semua peserta hadir mendaftarkan diri bersama guru pengiring. Jam 2030, ujian untuk kesemua modaliti dijalankan dan diuruskan oleh PLD, Pemimpin, Krew Kelana dan pembantu-pembantu selepas persiapan diri pada jam 1900. Ujian untuk kesemuanya tamat pada jam 1130 kecuali peserta-peserta Lencana Tertinggi masih bertungkus-lumus menyiapkan projek perintis mereka. Peserta yang siap model perintis, mereka terus ke khemah masing-masing untuk berehat.

2 April 2011. Mulakan pagimu dengan senyuman, peserta bangun pagi pada jam 0530 dan bersiap untuk pergi ke Surau bagi Muslim dan yang lain menyiapkan diri untuk Istiadat Mengibarkan Bendera dan Laung Agung pada jam 0700. Sarapan pagi tersedia selepas mereka semua tamat istiadat pagi. Ujian bersambung semula pada jam 0900 dan berakhir pada jam 1230 untuk memberi laluan kepada peserta untuk menyiapkan diri dan makan tengahari. Ujian disambung semula selepas jam 1400 dan tamat pada jam 1600 untuk memberikan masa semua peserta untuk bersiap untuk ekspedisi. Halangan komando disusuli selepas kesemua peserta tamat ekspedisi dan aktiviti ini tamat pada jam 1845. Peserta Keris Gangsa disuruh menyiapkan diri untuk aktiviti pada sebelah malam pula iaitu Malam Pengakap. Malam Pengakap yang penuh persembahan daripada peserta Keris Gangsa dan krew kelana membuatkan kesemua yang menonton tidak kering gusi tertawa, Malam Pengakap ini tamat pada jam 2330. Sementara itu, peserta Lencana Usaha dan Tertinggi mendengar ceramah berkenaan Pertolongan Cemas dan ujian dijalankan selepas itu. Aktiviti ini tamat pada jam 2230 dan semua peserta Lencana Usaha dan Tertinggi berpusu-pusu untuk menonton persembahan yang dilakukan oleh Pengakap Kanak-kanak dan Krew Kelana Kerian. Peserta pulang ke khemah masing-masing selepas minum malam.

3 April 2011. Mulakan pagimu dengan senyuman, peserta bangun pagi pada jam 0530 dan bersiap untuk pergi ke Surau bagi Muslim dan yang lain menyiapkan diri untuk Istiadat Mengibarkan Bendera dan Laung Agung pada jam 0700. Sarapan pagi tersedia selepas mereka semua tamat istiadat pagi. Semua peserta mengemaskan semua barang dan perkakasan, dan mengemaskan diri untuk majlis penutup. Majlis penyampaian sijil dan majlis penutup dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Gula. Kesemua peserta pulang selepas tamat majlis.

Sekian...Salam Pengakap!

11 May 2010

Kem Lencana Usaha & Kem Gangsa II

Geng Kelana Agung bersama PLD Kerian sedang menikmati keindahan di waktu malam sambil menyaksikan bulan mengambang diiringi nyanyian karaoke daripada artis seberang di pinggiran Ban Pecah Tg.Piandang.Memang terhibur dan melepaskan kepenatan setelah menguji kemahiran Peserta Lencana Usaha.

8 Mei 2010-7.30 pagi, peserta Lencana Usaha sedang berbaris untuk istiadat mengibarkan bendera.

Sebahagian krew bergembira selepas istiadat mengibarkan bendera.

Peserta Keris Gangsa bersiap sedia untuk permainan "water loo". Permainan ini disertai juga peserta Lencana Usaha. Permainan ini ditamatkan pada jam 1830, dan selepas itu peserta bersiap sebelum Malam Pengakap pada jam 2100.

Malam Pengakap bermula jam 2100, diserikan oleh persembahan oleh Krew Kelana Agung. Walaupun ada kesulitan, tetapi malam Pengakap ini telah diadakan dengan jayanya.

9 Mei 2010, Majlis Penutup Kem Lencana Usaha dan Keris Gangsa II dirasmikan oleh Guru Besar SK Tg Piandang. Semua peserta pulang pada jam 1400.

Laporan disediakan oleh HadiFaiz

28 May 2009

JALAN-JALAN DI BAN PECAH

Keindahan ban pecah.....time matahari terbenam.....


Layan blues nampak bro nie.....


smile......


Wow! ada bonzer tu..... 2 dan 4 dari kanan......'Man & Kimi'

14 April 2008

Kem Lencana Usaha & Gangsa I

LAPORAN KEM LENCANA USAHA & KERIS GANGSA I

Ahad 13 April 2008, SK Gunong Semanggol, Perak; Kem ujian bagi Lencana Usaha & Keris Gangsa I telah dijalankan dengan jayanya diketuai oleh Tuan Ronif sebagai kem komandan dan dibantu oleh Puan Aini dan Krew Kelana. Segala aktiviti berjalan dengan lancar dan tepat pada masanya walaupun cuaca agak tidak menentu pada hari tersebut.

Bermula pada hari pertama, pendaftaran dijalankan dengan teratur oleh kerana dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Khalid Yusof (Usaha) dan Tuan Badiol Zaman (Gangsa).

Keadaan pada hari pertama agak tidak menentu cuacanya. Namun segalanya dapat diatasi kerana PLD dan Krew Kelana mempunyai plan kecemasan. Pada malam tersebut, peserta sudah mula diuji oleh Krew Kelana dan dibantu oleh pembantu yang memegang lencana Jaya. Ujian pada malam tersebut berjalan lancar dan teratur.

Hari kedua dimulakan dengan istiadat mengibarkan bendera. Istiadat ini dijayakan oleh peserta lencana Usaha dan dibimbing oleh Krew Kelana. Selepas istiadat, peserta dibahagikan kepada 11 base ujian. Kesemua ujian berjalan dengan teratur walaupun terdapat sedikit masalah kecil. Ujian Kemahiran tamat pada jam 1100.

Pada malam tersebut, semua peserta berkumpul untuk menjalankan aktiviti malam Pengakap yang dikendalikan sepenuhnya oleh Krew Kelana. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan tidak terancang telah menghangatkan malam Pengakap tersebut. Malam Pengakap ini berakhir pada jam 0010. Peserta yang keletihan pulang ke khemah kembali selepas minum malam.

Hari ketiga dimulakan dengan Istiadat mengibarkan bendera dan
Laung Agung. Peserta lencana Usaha menyempurnakan aktiviti terakhir mereka dengan ekspedisi 6KM di kawasan luar tapak kem tersebut.
Aktiviti tersebut telah berakhir 2 jam selepas itu. Selepas itu peserta diberikan rehat 15 minit sebelum perasmian penutup oleh Guru Kokurikulum SK Gunong Semanggol. Kesemua peserta pulang ke sekolah masing-masing sebelum pulang ke rumah.


Laporan disediakan oleh Setiausaha Krew Kelana,
MUHAMMAD HADI FAIZ BIN BAHARUDDIN