20 April 2011

Permulaan Pergerakan Pengakap

Dalam riwayat hidup B-P telah diterangkan bagaimana kejayaan B-P mengadakan perkhemahan di Pulau Brownsea bagi kanak-kanak lelaki seramai 12 orang dan selepas itu ramai kanak-kanak memasuki Pasukan Pengakap termasuk kanak-kanak perempuan. Pulau Brownsea

Dengan yang demikian B-P telah mengasingkan kanak-kanak di bawah 11 tahun dan ditubuhkan Pasukan Pengakap Kanak-kanak pada tahun 1916 kerana mereka terlalu muda. Perceburan diri dalam pergerakan pengakap ini bukan sahaja kanak-kanak lelaki malahan kanak-kanak perempuan juga ingin memasuki Pergerakan Pengakap. B-P tidak melarang kanak-kanak perempuan menceburkan diri dalam Pergerakan Pengakap ini tetapi tidak manis kegiatan bercampur gaul dengan kanak-kanak lelaki. Walau bagaimana pun B-P tidak berputus asa dan menunaikan juga kehendak mereka tetapi berlainan sedikit iaitu kanak-kanak perempuan diasingkan dan ditubuhkan pula Pasukan Pandu Puteri dan dipimpin oleh isterinya Lady Baden Powell.Baden Powell & Lady Baden Powell

Pergerakan Pengakap mula muncul di Malaya pada tahun 1910 oleh Encik F.C Sands di Singapura seramai 30 orang. Kemudian di Pahang pada tahun 1912, di Pulau Pinang pada tahun 1915, di Perak dan Johor pada 1920, di Kedah pada tahun 1922, di Melaka dan Negeri Sembilan pada 1925, di Selangor , Kelantan, terengganu dan Perlis pada tahun 1926, di Sabah pada 1913 dan di Sarawak pada tahun 1915.
Encik F.C Sands

Pada tarikh-tarikh itu Pergerakan Pengakap berkembang ke daerah-daerah lain dari setahun ke setahun sehingga hari ini. Pergerakan Pengakap di masa lampau iaitu di Malaya termasuk Singapura telah dikenali Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya, dimana setiap negeri sebagai Daerah Pengakap. Selepas perang dunia kedua, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi dua cawangan berasingan, kemudian dikenali sebagai satu badan bebas dan berasingan serta ahli penuh dalam Persidangan Pengakap Antarabangsa pada tahun 1957.

Persekutuan Pengakap Malaysia mengandungi Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak ditubuhkan pada bulan September 1963. Dengan terciptanya Malaysia sebuah negara yang merdeka dan berdaulat Persekutuan Budak-Budak Pengakap Singapura dengan rasminya terkeluar dari menjadi ahli dari Great Britain, tetapi pada bulan Ogos 1965 Singapura telah berpisah dari Persekutuan Pengakap Malaysia.

No comments: