28-30 Mei 2010, Kem GPMS Batu Gajah, 9 Krew Kelana telah menghadiri Kursus KepimpinanManikayu 3A yang telah dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Kinta.
Semua peserta telah didedahkan dengan pelbagai modul selama 3 hari 2 malam kem berlangsung.
Pelbagai aktiviti dan kemahiran berpengakap telah ditunjukkan oleh pegawai-pegawai Pengakapyang bertauliah.
Kemahiran-kemahiran dan teknik-teknik ikhtiar hidup yang disampaikan oleh pegawai akandimanfaatkan pada masa yang akan datang.
Hari terakhir perkhemahan Kursus Kepimpinan Manikayu Peringkat 3A diakhiri denganpenyampaian sijil penyertaan oleh Pesuruhjaya Negeri Perak.
Kenangan selama 3 hari 2 malam berada di tapak Kem Kursus Kepimpinan Manikayu 3A akandikenang sehingga akhir hayat.
No comments:
Post a Comment