29 July 2009

KEM KERIS PERAK,LENCANA MAJU & LENCANA TERTINGGI
TARIKH KEM:10-12 JULAI 2009
TEMPAT KEM:SK BARU PARIT BUNTAR.

Pada tarikh 10-12 Julai 2009 telah diadakan kem Keris Perak,Lencana Maju & Lencana Tertinggi bertempat di SK Baru Parit Buntar.Krew Kelana Agung yang berkhidmat dibahagikan kepada 2 bahagian.Satu bahagian menguruskan ujian untuk peserta Lencana Maju dan satu lagi bahagian menguruskan peserta Lencana Tertinggi yang diadakan untuk kali kedua pada tahun ini.Kepada Krew Kelana Agung terima kasih atas khidmat anda sepanjang kem dijalankan.Semoga Krew Kelana Agung sentiasa bekerjasama untuk memartabatkan pasukan Kelana Agung.
Di bawah disertakan beberapa gambar sepanjang kem dijalankan.
Ujian bertulis dijalankan untuk peserta Lencana Maju pada malam pertama.Peserta diberi masa selam satu jam setengah untuk menjawab soalan yang telah disediakan.


Istiadat mengibarkan bendera dijalankan seperti biasa yang diaketua oleh Krew Kelana Agung.Semua peserta kem terlibat dalam istiadat pada pagi tersebut.


Pada sebelah petang pula ekspedisi mengembara 8km tetap dijalankan walaupun hujan.Namun kegigihan peserta serta Krew Kelana Agung yang berkhidmat tidak mematahkan semangat untuk meneruskan aktiviti yang telah dirancang.

Persembahan yang hebat serta menghiburkan daripada peserta kem pada malam pengakap.Pada malam tersebut terserlah kekreativitian dan bakat terpendam peserta yang berjaya mencuit para penonton yang hadir bagi memeriahkan malam tersebut.Terima kasih diucapkan pada penonton yang hadir.

Sebelum berakhirnya kem,Krew Kelana Agung sempat ber"posing" sebagai gambar kenangan.Terima kasih kepada Krew yang hadir.Sama-samalah kita berusaha memartabatkan pasukan Kelana Agung.



No comments: