Laporan Kem Perak 1
Sekolah Kebangsaan Tanjong Piandang, Perak.

Peserta mula datang mendaftar bermula jam 1500 yang diuruskan oleh En Ahmad Zahir, Cik Naimah dan Puan Afrah. Peserta mendirikan khemah masing-masing di

Pada jam 0600 pagi peserta mula bersiap diri. Jam 0700 pagi peserta Kem Perak 1 membuat senaman pagi yang dikepalai oleh Tuan Ridzuan bin Ramli, selepas itu peserta bersarapan pagi pada jam 0730, dan pada tepat jam 0800, peserta memulakan istiadat laung agung yang dikendalikan oleh Tuan Hadi. Ujian 2 bermula pada jam 0815 selepas istiadat laung agung.

Ujian 3 bersambung pada tepat jam 1400. Ujian ini berjalan dengan lancar dan tamat pada jam 1600. Selepas itu peserta terpaksa mengotorkan baju mereka dengan halangan komando yang direka khas oleh Tuan Ahmad Zahir dan para pembantu. Pelbagai aktiviti sampingan telah menyerikan lagi kekotoran baju mereka dan tamat aktiviti kecergasan pada jam 1830.

Pelbagai aktiviti, pertandingan, nyanyian lagu Pengakap dan lain-lain telah dipersembahkan pada malam tersebut. Aktiviti ini telah tamat pada jam 0005. Semua peserta tidur pada selepas minum malam.


SEKIAN, SALAM KABARE..
Muhammad Hadi Faiz bin Baharuddin
S/U Krew Kelana 'A' Kerian
Muhammad Hadi Faiz bin Baharuddin
S/U Krew Kelana 'A' Kerian
No comments:
Post a Comment