25 Disember 2010, semua krew xpdc bersiap sedia dengan kelengkapan mendaki pada jam 0530. Bertolak ke kaki Gunung Irau pada jam 0700. Pendakian bermula pada jam 0715. Semua peserta selamat sampai di Puncak Kecil Gunung Irau pada jam 1200. Perjalanan ke puncak besar mengambil masa 1 jam setengah. Kesemua peserta yang berjaya ke puncak Gunung Irau berehat seketika sebelum turun semula ke puncak kecil Gunung Irau. Perjalanan turun ke kaki Gunung Irau mengambil masa selama 5 jam kerana terdapat krew yang mengalami kecederaan pada kaki. Semua krew selamat sampai di kaki Gunung Irau pada pukul 2100.
26 Disember 2010. Semua peserta bergerak ke bazar pagi pada pukul 0900 untuk membeli belah sebelum pulang ke kampung halaman masing masing.
No comments:
Post a Comment