29 October 2008

Kem Lencana Jaya & Keris Emas

Kem Lencana Jaya & Keris Emas
SK Jalan Baharu
24 - 26 Oktober 2008

- 24 Oktober 2008 -


Perkhemahan dimulakan dengan pendaftaran peserta. Seramai 232 orang peserta Keris Emas dan 23 orang peserta Lencana Jaya.
Semua peserta diberi taklimat awal sebelum mendirikan khemah.
Setelah siap mendirikan khemah, peserta menjamu selera dan bersiap untuk solat Maghrib.

Selepas solat Isyak, peserta Lencana Jaya berkumpul untuk menjalankan ujian bidang cita-cita Pengakap dan kemahiran Pengakap. Selesai ujian pada jam 2330, peserta diberi minum malam sebelum tidur.

- 25 Oktober 2008 -

Pagi dimulakan pada jam 0530 dengan persiapan semua peserta untuk pemeriksaan pagi, istiadat dan laung Agung. Aktiviti ujian disambung semula pada jam 0900 selepas semua peserta sarapan pagi.

Ujian asas perbarisan dimulakan dengan pelbagai hukuman kawat statik dan kawat dinamik. Ujian kawat tongkat disusuli kemudian, dan didapati semua peserta lencana Jaya dapat mempersembahkan dengan cemerlang.


Ujian disambung semula selepas berehat pada jam 1030 pagi. Ujian simpulan dan ikatan disusuli selepas ujian tersebut. Peserta berehat pada jam 1200 tengahari untuk persiapan diri dan ujian diteruskan dengan titian komando dan XPDC 10 KM.



Pada sebelah malam, malam Pengakap menyeri SK Jalan Baharu dengan pelbagai aksi, lakonan, tarian kebudayaan, nyanyian dan lain-lain. Malam Pengakap berakhir pada jam 0000 tengah malam. Peserta masuk tidur pada jam 1230 selepas minum malam.


- 26 Oktober 2008 -
Hari terakhir di perkhemahan ujian Lencana Jaya dan Keris Emas dimulakan dengan aktiviti gotong-royong sebelum bermulanya majlis penutup pada jam 1030 pagi.


Peserta mula pulang ke rumah setelah selesai majlis penutup. SALAM PENGAKAP

Laporan disediakan oleh
MUHAMMAD HADI FAIZ
S/U KREW KELANA KERIAN

1 comment:

Anonymous said...

kem ni xbpe nk best lah..