23 June 2008

Laporan Perkhemahan Lencana Maju & Keris Perak 2

Jumaat 20 Jun 2008, Peserta seramai 300 orang dari seluruh daerah Kerian berkumpul di tapak perkhemahan untuk pendaftaran di SK Tebuk Panchur. Pada jam 1800, peserta mendirikan khemah di padang sekolah. Jam 1900, peserta bersiap diri dan bersedia untuk ujian 1 pada jam 2130. Ujian 1 berjalan lancar yang diuruskan oleh Pasukan Latihan Daerah, Krew Kelana 'A' serta pembantu. Peserta tidur pada jam 2330.

Sabtu 21 Jun 2008, Peserta bangun dan bersiap diri sebelum pemeriksaan pagi dan istiadat menaikkan bendera. Ujian 2 bermula pada jam 0830 selepas istiadat menaikkan bendera. Ujian 3 menyusul selepas peserta berehat pada jam 1130. Pada sebelah petang pula, peserta menghadiri penerangan peta topografi yang dikendalikan oleh ADC Kelana Kerian, Tuan Khairi. Selepas itu, peserta bergerak untuk XPDC pada jam 1700 selepas solat Asar dan peserta tamat XPDC pada jam 1840. Pada sebelah malam, peserta menghadiri malam Pengakap yang diuruskan 99% oleh Krew Kelana 'A'. Pada malam tersebut peserta dijamah dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan malam Pengakap tamat pada jam 0000.

Ahad 22 Jun 2008, Peserta bangun tidur dan bersiap diri sebelum pemeriksaan pagi dan istiadat menaikkan bendera. Peserta bergotong royong membersihkan kawasan perkhemahan selepas meruntuhkan khemah. Majlis penutup dirasmikan oleh Guru Besar SK Tebuk Panchur, En Mohd Dolit b Manap. Peserta mula pulang selepas majlis penutup.

LAPORAN DISEDIAKAN OLEH,
Muhammad Hadi Faiz bin Baharuddin
S/u Krew Kelana 'A' Kerian

1 comment:

Anonymous said...

Just popping in to say nice site.