14 April 2008

Kem Lencana Usaha & Gangsa I

LAPORAN KEM LENCANA USAHA & KERIS GANGSA I

Ahad 13 April 2008, SK Gunong Semanggol, Perak; Kem ujian bagi Lencana Usaha & Keris Gangsa I telah dijalankan dengan jayanya diketuai oleh Tuan Ronif sebagai kem komandan dan dibantu oleh Puan Aini dan Krew Kelana. Segala aktiviti berjalan dengan lancar dan tepat pada masanya walaupun cuaca agak tidak menentu pada hari tersebut.

Bermula pada hari pertama, pendaftaran dijalankan dengan teratur oleh kerana dikendalikan sepenuhnya oleh Tuan Khalid Yusof (Usaha) dan Tuan Badiol Zaman (Gangsa).

Keadaan pada hari pertama agak tidak menentu cuacanya. Namun segalanya dapat diatasi kerana PLD dan Krew Kelana mempunyai plan kecemasan. Pada malam tersebut, peserta sudah mula diuji oleh Krew Kelana dan dibantu oleh pembantu yang memegang lencana Jaya. Ujian pada malam tersebut berjalan lancar dan teratur.

Hari kedua dimulakan dengan istiadat mengibarkan bendera. Istiadat ini dijayakan oleh peserta lencana Usaha dan dibimbing oleh Krew Kelana. Selepas istiadat, peserta dibahagikan kepada 11 base ujian. Kesemua ujian berjalan dengan teratur walaupun terdapat sedikit masalah kecil. Ujian Kemahiran tamat pada jam 1100.

Pada malam tersebut, semua peserta berkumpul untuk menjalankan aktiviti malam Pengakap yang dikendalikan sepenuhnya oleh Krew Kelana. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang dan tidak terancang telah menghangatkan malam Pengakap tersebut. Malam Pengakap ini berakhir pada jam 0010. Peserta yang keletihan pulang ke khemah kembali selepas minum malam.

Hari ketiga dimulakan dengan Istiadat mengibarkan bendera dan
Laung Agung. Peserta lencana Usaha menyempurnakan aktiviti terakhir mereka dengan ekspedisi 6KM di kawasan luar tapak kem tersebut.
Aktiviti tersebut telah berakhir 2 jam selepas itu. Selepas itu peserta diberikan rehat 15 minit sebelum perasmian penutup oleh Guru Kokurikulum SK Gunong Semanggol. Kesemua peserta pulang ke sekolah masing-masing sebelum pulang ke rumah.


Laporan disediakan oleh Setiausaha Krew Kelana,
MUHAMMAD HADI FAIZ BIN BAHARUDDIN

No comments: