JUMAAT 25 Mei 2008, Kem Kota, Perak; Kem Penganugerahan Rambu Pengakap Kanak-kanak telah berlangsung selama 2 hari di Kem Kota, Bota, Perak. Penyertaan daripada semua daerah di Perak seramai 780 peserta yang telah lulus kesemua ujian keris. Daerah Kerian telah menghantar seramai 129 peserta, 16 pemimpin dan 10 Krew Kelana. Bermula pada hari pertama, ketua kontigen membuat pendaftaran di tapak kem. Aktiviti bermula dengan taklimat awal daripada Kem Komandan Kem Penganugerahan Rambu.
Pada keesokan hari, peserta berkumpul dan Istiadat Mengibarkan Bendera dijalankan sebelum bermula aktiviti hari tersebut. Aktiviti bermula dengan membuat gadjet 'tripod', disusuli dengan ikatan & simpulan. Seterusnya ujian lisan dan temuduga dijalankan. Pada sebelah petang, peserta diuji membuat layang-layang yang mengikut spesifikasi sebenar. Peserta diberi rehat sebelum bermula aktiviti kecergasan pada petang tersebut.
Pada sebelah malam pula, peserta diminta berkumpul untuk menyaksikan malam pengakap yang diserikan lagi dengan pelbagai jenis tarian dari setiap daerah. Malam tersebut telah dijalankan dengan jayanya.
Hari terakhir Kem Penganugerahan Rambu Pengakap Kanak-kanak, peserta yang lulus telah dianugerahkan sijil pada majlis penutup. Peserta dibenarkan pulang selepas tapak perkhemahan dibersihkan.
Laporan disediakan oleh Setiausaha Krew Kelana,
MUHAMMAD HADI FAIZ BIN BAHARUDDIN
1 comment:
ape sal lawa sngt muka bdk ni??
Post a Comment